Friday, July 31, 2009

Ayuh kita insafi diri...


Wednesday, July 29, 2009

Amalan-amanlan sunat di bulan Syaaban

Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan syaaban.”

Huraian

1. syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan syaaban itu ialah bulan syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan syaaban dan tiga hari pada pertengahan syaaban dan tiga hari pada akhir syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Percubaan

Sunday, July 26, 2009

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.W.T.

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat.

Wednesday, July 22, 2009

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

22 Julai 2009, pada jam 8.45 pagi semua pelajar Sek. Men. Keb. Parit panjang telah berkumpul di surau sekolah untuk melaksanakan solat sunat gerhana matahari. Sebelum solat dilaksanakan, Ustas Kamaruddin terlebih dahulu menerangkan beberapa kaifiat solat sunat gerhana. Ustaz Hafiz membacakan khutbah. setelah solat sunat dilaksanakan. Subhanallah, Inilah yang dikatakan anugerah Allah SWT. Kita perlu sentiasa sujud padaNya tanda kita sentiasa bersyukur atas segala kurniaanNya. Sebagai hamba Allah kita perlu sedar akan tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan.

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

Adalah sebaik-baiknya memulakan solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid di tempat anda kerana dapat mendengar khutbah yang bakal dibacakan oleh khatib. Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad(yang dituntut) , jadi meninggalkannya hukumnya makruh(dibenci) tanpa uzur syari'e.

Monday, July 20, 2009

MINGGU PENDIDIKAN ISLAM SMKPP 2009













SMKPP, Baling:Bermula 26-31 Julai 2009 SMKPP telah mengatur beberapa program khas untuk pelajar-pelajar sempena Minggu Pendidikan Islam. Majlis perasmian Minggu Pendidikan Islam ini akan diadakan pada 26 Julai 2009. Upacara Perasmian Pembukaan akan dilakukan oleh

Tn. Hj. Khadri B. Mohd Salleh, Pengetua SMKPP.

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM...

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman” ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

KEM PENINGKATAN BAHASA ARAB PMR 2009

















SMKPP, Baling : Pada 18 Julai 2009 yang lalu, satu program yang telah diadakan khas untuk pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab dalam PMR 2009. Program ini dinamakan Mukhayyam Peningkatan Bahasa Arab PMR 2009. Penceramah yang terlibat ialah Ustazah Lubna (Sek. Men. Agama Yan)dan Ustazah Ann Surina binti Sulaiman (Sek. Men Agama Sik). Program ini dijangka bermula jam 8.00 pagi. Namun terdapat beberapa masalah yang tak terduga berlaku ke atas penceramah menyebabkan program bermula jam 8.45 pagi. Terdapat 5 slot yang telah di atur kepada para pelajar yang melibatkan 23 pelajar dan 2 penceramah. Dalam Majlis Penutupan Kem, Cikgu Mat Judin telah memberikan beberapa pesanan. Antaran perkara yang disebut ialah, “Bahasa Arab merupakan bahasa Al-Quran dan mempelajari Bahasa Arab adalah penting. Hal ini kerana akan meningkatakan rasa kehambaan kita pada Allah SWT terutama ketika melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran”. Slot berakhir dengan penyampaian saguhati kepada kedua-dua penceramah. Cikgu Mat Judin telah menyempurnakan upacara penyampaian saguhati kepada kedua-dua penceramah. Terima kasih kepada semua guru(Ustaz Basharudin, Ustaz Kamaruddin, Cg Khuzaimi, Cg Rozila dan Ustazah Hafizoh) dalam menjayakan kem ini.

Monday, July 13, 2009

AHLAN WASAHLAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang, Baling Kedah. Untuk pengetahuan semua, Panitia Pendidikan Islam SMKPP telah bersepakat untuk mewujudkan satu ruangan perbincangan maya dan ruangan iklan serta maklumat terkini daripada Panitia Pendidikan Islam. Justeru,satu langkah telah diambil iaitu dengan mewujudkan Blog Panitia Pendidikan Islam.Oleh itu, diharapkan kepada semua guru dan para pelajar serta warga SMKPP dapat mengambil manfaat atas kewujudan blog ini. Diharapkan juga kepada semua ustaz dan ustazah dapat memberi sokongan yang padu bagi memperkukuhkan lagi Panitia Pendidikan Islam SMKPP. Terima kasih kepada Cg Ismi sebagai Pengerusi Majlis Guru dan Kakitangan atas nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan kepada moderator dalam usaha mewujudkan blog ini.

Followers

Panitia Pendidikan Islam



---------------------------------------
Pengetua
---------------------------------------

Tn. Hj. Khadri Bin Mohd Salleh


---------------------------------------
Penolong Kanan Pentadbiran
---------------------------------------

Tn. Hj. Mat Judin Bin Mat Amin


---------------------------------------
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
---------------------------------------

En. Omar Bin Ali


---------------------------------------
Penolong Kanan Ko Kurikulum
---------------------------------------

Pn. Che Maznah Binti Hasyim


---------------------------------------
">



----------------------------------------
Penyelia Petang
Pn. Jamsiah Binti Mohd Syariff
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Guru Kanan Kemanusiaan
Tn. Hj Ahmad Fauzi Bin Ramli
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Ustaz Kamaruddin Bin Hj Ibrahim
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Guru Panitia Pendidikan Islam
Ustaz Mohd Hapidz Bin Tahir
---------------------------------------

">



----------------------------------------
Ustaz Basharuddin Bin Sharif
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustaz Zakaria Bin Ismail
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustaz Khuzaimi Bin Khalid
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Zabedah Binti Hashim
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Nurfilzah Binti Habib
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Ribhani Binti Hashim
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Muziliyana Binti Mat
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Nur Hafizoh Binti Abdul Halim
---------------------------------------
">



----------------------------------------

Jom Baca Al-Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Hari Ini

Masa Itu Emas

Info Terkini

Minggu Pendidikan Islam SMKPP
Masa :26-31 Julai 2009
Tempat :Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang
Sasaran : Semua Warga SMKPP

Renungan


Rasulullah SAW bersabda
"Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"
...nauzubillah.....

Waktu Solat

Bilangan Pengunjung

eReferrer

Ruangan Bicara

ShoutMix chat widget

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Labels

    Panduan Kita

    Direktori Halal

    Masukkan No.Kod Bar :

    Powered By Blogger