Panitia Pendidikan Islam SMKPP

Tuesday, September 29, 2009

Kita di Pacsa (selepas) Ramadhan

Assalamu'alaikum...

Ramadhan tahun ini telah berlalu hampir seminggu. Tahun depan, kita mungkin sempat diketemukan lagi dengan Ramadhan ataupun mungkin tidak. Bagi seorang individu muslim, kedatangan Ramadhan seharusnya dirindui dan dinanti-nantikan dan pemergian Ramadhan seharusnya ditangisi. Ada yang mengatakan Ramadhan adalah bulan tarbiyah (latihan). Bulan kita melatih diri kita untuk meningkatkan ibadah dan amal soleh kepada Allah SWT.

Namun, apa yang ingin dikongsi ialah kita pada pasca Ramadhan. Sejauh mana tarbiyah yang kita dapat di bulan Ramadhan mampu kita teruskan pada bulan2 yang lain? Adakah ibadah dan amal soleh yang kita lakukan pada bulan Ramadhan mampu kita laksanakan pada bulan lain? Kalau pada bulan Ramadhan, kita mampu khatam Al-Quran 2-3 kali, tapi pada bulan-bulan lain macam mana? Kalau bulan Ramadhan kita mampu melaksanakan solat Jamaah setiap waktu dan mendirikan Qiamullail, tetapi adakah semua itu akan kekal pada bulan-bulan lain?

Inilah antara persoalan-persoalan yang seharusnya difikirkan bersama. Kalau bulan Ramadhan itu dikatakan sebagai bulan Tarbiyah, maka bulan-bulan lain adalah masa untuk kita mempraktikkan segala ilmu-ilmu tarbiyah yang kita dapat pada bulan Ramadhan. Kalau pada bulan Ramadhan kita mampu khatam Al-Quran 2-3 kali, solat jemaah setiap waktu, qiamullail dan sebagainya, maka seharusnya kita juga perlu melakukan perkara-perkara yang sama pada bulan lain. Ini kerana, ibadah kita bukan hanya untuk bulan Ramadhan, tetapi setiap saat hidup kita seharusnya adakah ibadah kepada Allah.

Semoga kita mampu meneruskan kecemerlangan ibadah kita pada bulan ramadhan ke bulan-bulan lain. Semoga Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan pada thaun hadapan dan memudahkan kita dalam melaksanakan ibadah kepada-Nya.


* p/s: Mohd Afif Rabbani Abdullah, UIAM Kuantan.
* http://tapang97.ning.com/forum/topics/pasca-ramadhan

Surat Dari Ibu (Sempena Aidilfitri 1430H)


Selamat Hari Raya

Wednesday, September 9, 2009

Sekadar Renungan

Mencari Lailatul Qadar



Kehebatan Malam Al-Qadr

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Tazkirah Ramadhan


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Followers

Panitia Pendidikan Islam



---------------------------------------
Pengetua
---------------------------------------

Tn. Hj. Khadri Bin Mohd Salleh


---------------------------------------
Penolong Kanan Pentadbiran
---------------------------------------

Tn. Hj. Mat Judin Bin Mat Amin


---------------------------------------
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
---------------------------------------

En. Omar Bin Ali


---------------------------------------
Penolong Kanan Ko Kurikulum
---------------------------------------

Pn. Che Maznah Binti Hasyim


---------------------------------------
">



----------------------------------------
Penyelia Petang
Pn. Jamsiah Binti Mohd Syariff
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Guru Kanan Kemanusiaan
Tn. Hj Ahmad Fauzi Bin Ramli
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Ustaz Kamaruddin Bin Hj Ibrahim
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Guru Panitia Pendidikan Islam
Ustaz Mohd Hapidz Bin Tahir
---------------------------------------

">



----------------------------------------
Ustaz Basharuddin Bin Sharif
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustaz Zakaria Bin Ismail
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustaz Khuzaimi Bin Khalid
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Zabedah Binti Hashim
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Nurfilzah Binti Habib
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Ribhani Binti Hashim
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Muziliyana Binti Mat
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Nur Hafizoh Binti Abdul Halim
---------------------------------------
">



----------------------------------------

Jom Baca Al-Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Hari Ini

Masa Itu Emas

Info Terkini

Minggu Pendidikan Islam SMKPP
Masa :26-31 Julai 2009
Tempat :Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang
Sasaran : Semua Warga SMKPP

Renungan


Rasulullah SAW bersabda
"Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"
...nauzubillah.....

Waktu Solat

Bilangan Pengunjung

eReferrer

Ruangan Bicara

ShoutMix chat widget

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Labels

    Panduan Kita

    Direktori Halal

    Masukkan No.Kod Bar :