Wednesday, July 22, 2009

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

22 Julai 2009, pada jam 8.45 pagi semua pelajar Sek. Men. Keb. Parit panjang telah berkumpul di surau sekolah untuk melaksanakan solat sunat gerhana matahari. Sebelum solat dilaksanakan, Ustas Kamaruddin terlebih dahulu menerangkan beberapa kaifiat solat sunat gerhana. Ustaz Hafiz membacakan khutbah. setelah solat sunat dilaksanakan. Subhanallah, Inilah yang dikatakan anugerah Allah SWT. Kita perlu sentiasa sujud padaNya tanda kita sentiasa bersyukur atas segala kurniaanNya. Sebagai hamba Allah kita perlu sedar akan tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan.

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

Adalah sebaik-baiknya memulakan solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid di tempat anda kerana dapat mendengar khutbah yang bakal dibacakan oleh khatib. Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad(yang dituntut) , jadi meninggalkannya hukumnya makruh(dibenci) tanpa uzur syari'e.

0 comments:

Post a Comment

Followers

Panitia Pendidikan Islam



---------------------------------------
Pengetua
---------------------------------------

Tn. Hj. Khadri Bin Mohd Salleh


---------------------------------------
Penolong Kanan Pentadbiran
---------------------------------------

Tn. Hj. Mat Judin Bin Mat Amin


---------------------------------------
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
---------------------------------------

En. Omar Bin Ali


---------------------------------------
Penolong Kanan Ko Kurikulum
---------------------------------------

Pn. Che Maznah Binti Hasyim


---------------------------------------
">



----------------------------------------
Penyelia Petang
Pn. Jamsiah Binti Mohd Syariff
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Guru Kanan Kemanusiaan
Tn. Hj Ahmad Fauzi Bin Ramli
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Ustaz Kamaruddin Bin Hj Ibrahim
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Guru Panitia Pendidikan Islam
Ustaz Mohd Hapidz Bin Tahir
---------------------------------------

">



----------------------------------------
Ustaz Basharuddin Bin Sharif
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustaz Zakaria Bin Ismail
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustaz Khuzaimi Bin Khalid
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Zabedah Binti Hashim
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Nurfilzah Binti Habib
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Ribhani Binti Hashim
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Muziliyana Binti Mat
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Nur Hafizoh Binti Abdul Halim
---------------------------------------
">



----------------------------------------

Jom Baca Al-Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Hari Ini

Masa Itu Emas

Info Terkini

Minggu Pendidikan Islam SMKPP
Masa :26-31 Julai 2009
Tempat :Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang
Sasaran : Semua Warga SMKPP

Renungan


Rasulullah SAW bersabda
"Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"
...nauzubillah.....

Waktu Solat

Bilangan Pengunjung

eReferrer

Ruangan Bicara

ShoutMix chat widget

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Labels

    Panduan Kita

    Direktori Halal

    Masukkan No.Kod Bar :

    Powered By Blogger