Saturday, August 8, 2009

SEKITAR MINGGU PENDIDIKAN ISLAM

Minggu Pendidikan Islam Sek. Men. Keb. Parit panjang telah diadakan bermula 26 Julai 2009 hingga 30 Julai 2009. Beberapa program telah diadakan sepanjang minggu tersebut bagi menaikkan semangat semua warga SMKPP. Program ini juga merupakan salah satu wadah dalam usaha untuk memartabatkan Islam di muka bumi ini. Program sebegini wajar dijalankan untuk membentuk akhlak mulia di kalangan pelajar. Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Pendidikan Islam:

PERASMIAN MINGGU PENDIDIKAN ISLAM

Pada 26 Julai 2009 telah diadakan Majlis Perasmian Minggu Pendidikan Islam. Sebelum upacara perasmian dilakukan, Ketua Pengarah Minggu Pendidikan Islam(MPI), Ustaz Mohd Hafidz Bin Tahir telah memberikan ucapan. Perasmian MPI disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran sekolah, iaitu Encik Mat Judin bin mat Amin. Setelah upacara perasmian, pelajar telah mempersembahkan sebuah sketsa yang bertajuk Untuk Apa Hadirnya Seorang Anak???. Pelajar yang mempersembahkan sketsa tersebut terdiri daripada pelajar Tingkatan 2 dan 3 SMKPP. Sketsa tersebut menceritakan perjalanan hidup anak remaja masa kini yang tidak bermoral dan derhaka kepada ibu bapa. Ibu yang sudah tua mengakhiri hidupnya dengan tangan anaknya yang derhaka. Beliau ditolak hingga jatuh seterusnya meninggal dunia angkara perbuatan anak yang derhaka dan tidak bermoral tersebut. Akhirnya si anak kembali insaf atas perbuatannya, namun yang pergi tetap pergi jua. Tiada yang dapat mengembalikannya ke dunia melainkan Allah. Ini adalah ujian dan cubaan terhadap hamba.



Cikgu Mat Judin Bin Mat Amin menyempurnakan majlis perasmian Minggu Pendidikan Islam

Santapan Rohani Bersama Dr nazmi Bin Desa

Perjalanan sebuah sketsa menuju ke destinasinya, yang tinggal hanya harapan disusuli doa guru-guru agar semua pelajar dapat mengambil manfaat atas apa yang dipentaskan. Anak yang soleh dan solehah pengubat hati ibu dan bapa, pelajar yang soleh dan solehah pengubat hati guru-guru. Tiada yang dipinta selain berakhlak mulia dan hidup berjaya dunia dan akhirat.

Majlis diteruskan dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Dr Nazmi Bin Desa. Ceramah banyak menyentuh tentang Peristiwa Isra' dan Mikraj. Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid sekolah Kumpulan Abu Bakar

Kumpulan Abu Bakar (Kumpulan Nasyid SMKPP)


Krew Teknikal SMKPP

Majlis diteruskan dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Dr Nazmi Bin Desa. Ceramah banyak menyentuh tentang Peristiwa Isra' dan Mikraj. Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid sekolah Kumpulan Abu Bakar.

MAJLIS BACAAN YASSIN

Pada 27 Julai 2009, semua pelajar dan guru-guru berkumpul di dewan terbuka SMKPP untuk mengadakan majlis bacaan Yassin. Majlis tersebut telah diketuai oleh Ustaz Kamaruddin. Setelah bacaan Yassin dilaksanakan, Ustaz Mohd Hafidz tampil memberikan sedikit tazkirah berkenaan surah yang dibaca sebentar tadi. Antara Isi kandungan tersebut ialah, terjemahan 1-11 surah Yassin. Terjemahan adalah seperti berikut :

1) Yassin

2)Demi Al-Quran yang penuh hikmah

3)Sesungguhnya engkau salah seorang daripada para Rasul

4) Yang berada di atas jalan yang lurus (Islam)

5) Yang diturunkan oleh yang maha Kuasa lagi maha Penyayang

6) agar kamu member peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, kerana itu mereka lalai

7) Sesungguhnya telah pastiberlaku ketentuan Allah terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak beriman.

8) Sesungguhnya kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka(diangkat) ke dagu menjadikan mereka terdongak

9) Dan Kami adakan antara depan mereka dinding dan belakang meraka dinding pula dan kami tutup mata mereka sehingga tidak dapat melihat

10) Sama sahaja bagi mereka samaada kamu member peringatan kepada mereka atau tidak, mereka tidak akan beriman

11) Sesungguhnya kamu member peringatan kepada mereka yang mahu mengikutnya dan kepada yang takut kepada Yang Maha Pemurah walaupun ghaib, maka berilah mereka khabar gembira dengan keampunan.

TAYANGAN KISAH RASULULLAH (RASULULLAH UTUSAN TERAKHIR)

Pada 28 Julai 2009 satu tayangan kisah nabi telah ditayangkan khusus untuk pelajar tingkatan 2 Dinamik dan 2 Gemilang. Kisah nabi, Rasulullah Utusan terakhir telah ditayangkan di bilik ICT. Sempena Minggu Pendidikan Islam, tayangan tersebut dilakukan bertujuan mendidik para pelajar dengan menyelusuri perjalanan dakwah Rasulullah s.a.w. Guru yang terlibat dalam menjayakan slot tayangan ini ialah Cikgu Nailil Huda dan Ustazah Nur Hafizoh. Guru-guru amat mengharapkan agar para pelajar dapat mengambil iktibar daripada cerita yang telah ditayangkan dan mendidik peribadi pelajar bagi membentuk keperibadian yang mulia.

Tayangan Rasulullah Utusan terakhir

KHEMAH IBADAH

Khemah Ibadah telah dijalankan pada 29-30 Julai 2009. Aktiviti ini dirancang khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 SMKPP. Terdapat beberapa objektif yang telah digariskan oleh Panitia Pendidikan Islam untuk dicapai. Antaranya ialah melatih agar pelajar sentiasa dekatkan diri dengan program-program ilmiah, melengkapkan pengetahuan dan menambahkan ilmu sedia ada.

Seramai 209 pelajar yang hadir ke kem tersebut. Kem dijalankan di SMKPP. Antara program yang dijalankan sepanjang Kem ialah amali haji, amali sembelihan, ceramah teknik menulis jawi baru dan tayangan kisah Rasulullah.

Program Amali Haji

Program ini dijalankan pada 29 julai 2009 bertempat di dewan terbuka SMKPP. Pelajar dapat melihat dengan jelas perbuatan atau perlaksanaan haji kerana pihak Panitia Pendidikan Islam telah menyediakan sebuah replika Kaabah bertujuan memudahkan proses amali yang dilakukan. Teori Haji di sampaikan oleh Ustaz Basyaruddin. Manakala amali haji diketuai oleh Tn. Hj. Fauzi , Cikgu Zamri dan Cikgu Seberi.

Terima kasih kepada semua pelajar kerana memberikan komitmen yang baik sepanjang amali haji dilakukan.

Amali Cara pemakaian ihram yang ditunjukkan oleh Cikgu Seberi dan Cikgu Zamri


Amali Jamrah Yang dilakukan oleh pelajar

Program Teknik Menulis Jawi baru

Seterusnya, pada 29 Julai 2009 juga diadakan teknik menulis jawi baru yang telah disampaikan oleh Ustaz Sobri bin Aziz. Ustaz telah memberikan teknik-teknik penulisan yang betul dengan baik sekali. Guru-guru turut serta dalam mempelajari serta memperbaiki tulisan jawi.

Program Qiamullail

Pada dinihari Jumaat jam 4.30 pagi, peserta-peserta berkumpul di surau SMKPP untuk menunaikan solat sunat sert bermunajat pada Allah Taala. “YaRabbul jalil, perkenankanlah doa anak-anakku, mudah-mudahan mereka diberkati oleh Mu. Ya Allah, mudahkanlah urusan mereka(pembelajaran)agar mereka menjadi hambaMu yang bertaqwa,seterusnya menjadi Mukmin yang Berjaya. Semoga Allah kabulkan permintaan kami yang hina disisi Mu.” Amen.

Program Amali Sembelihan

Seterusnya, program amali sembelihan telah dijalankan pada jam 7.30 pagi. Sembelihan tersebut melibatkan 30 ekor ayam dan 2 ekor kambing. Terima kasih kepada Cikgu Ismi yang telah menyediakan kambing untuk aqiqah anak beliau sekaligus memberikan manfaat kepada pelajar untuk mempelajari amali sembelihan dengan betul. Amali Sembelihan telah dikelolakan oleh Ustaz Hafidz.

Seterusnya pelajar dan guru-guru terlibat dalam proses menyuci serta menyediakan makanan dengan cara yang bersih. Guru-guru memberi tunjuk ajar kepada para pelajar. Gotong royong memasak diketuai oleh Tn Hj. Fauzi dan Cikgu Siti Aminah . Antara menu yang telah disediakan ialah Kari daging, Dalca, Nasi Beriani Tanam. Alhamdulillah sedap hidangan yang telah disediakan.

Pihak Panitia Pendidikan Islam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan SMKPP yang terlibat untuk menjayakan Minggu Pendidikan Islam. Semoga usaha gigih kalian diberkati dan sama-sama kita doakan agar anak didik kita berjaya mengharungi onak dan cabaran dalam konteks kehidupan masa kini. Semoga ukhwah yang kita bina sepanjang program berkekalan buat selamanya.

0 comments:

Post a Comment

Followers

Panitia Pendidikan Islam



---------------------------------------
Pengetua
---------------------------------------

Tn. Hj. Khadri Bin Mohd Salleh


---------------------------------------
Penolong Kanan Pentadbiran
---------------------------------------

Tn. Hj. Mat Judin Bin Mat Amin


---------------------------------------
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
---------------------------------------

En. Omar Bin Ali


---------------------------------------
Penolong Kanan Ko Kurikulum
---------------------------------------

Pn. Che Maznah Binti Hasyim


---------------------------------------
">



----------------------------------------
Penyelia Petang
Pn. Jamsiah Binti Mohd Syariff
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Guru Kanan Kemanusiaan
Tn. Hj Ahmad Fauzi Bin Ramli
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Ustaz Kamaruddin Bin Hj Ibrahim
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Guru Panitia Pendidikan Islam
Ustaz Mohd Hapidz Bin Tahir
---------------------------------------

">



----------------------------------------
Ustaz Basharuddin Bin Sharif
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustaz Zakaria Bin Ismail
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustaz Khuzaimi Bin Khalid
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Zabedah Binti Hashim
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Nurfilzah Binti Habib
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Ribhani Binti Hashim
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Muziliyana Binti Mat
---------------------------------------
">



----------------------------------------
Ustazah Nur Hafizoh Binti Abdul Halim
---------------------------------------
">



----------------------------------------

Jom Baca Al-Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Hari Ini

Masa Itu Emas

Info Terkini

Minggu Pendidikan Islam SMKPP
Masa :26-31 Julai 2009
Tempat :Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang
Sasaran : Semua Warga SMKPP

Renungan


Rasulullah SAW bersabda
"Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"
...nauzubillah.....

Waktu Solat

Bilangan Pengunjung

eReferrer

Ruangan Bicara

ShoutMix chat widget

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Labels

    Panduan Kita

    Direktori Halal

    Masukkan No.Kod Bar :

    Powered By Blogger